Sejarah penemuan
Sinar-X (atau X-ray) telah ditemui oleh seorang Profesor Fizik berbangsa Jerman yang bertugas di Universiti Wurzburg, Bavaria, Wilhelm Conrad Röntgen
pada 8hb November, 1895. Beliau mendapati sinar ini mempunyai kebolehan
menakjubkan yaitu menghasilkan imej di atas filem fotografi setelah
menembusi tisu, pakaian dan logam.
Menerusi
kajiannnya, Roentgen mendapati hablur garam barium platinosianida
bersinar apabila di letakkan berdekatan dengan tube sinar katoda yang
ditutup. Ia juga mendapati plat foto yang ditutup diletakan berdekatan
dengan sinar katoda akan menjadi hitam. Dari sini kesimpulan dapat di
buat bahawa sinar-X tidak boleh dilihat, bergerak dalam garis lurus dan
mempunyai daya penembusan yang tinggi, yaitu dapat menembusi objek yang
legap bagi sinar cahaya biasa. Wilhelm Conrad Röntgen yang lahir pada 25 Mar 1845 adalah yang pertama menemukan sinar-X.
Selepas
itu, Roentgen menunjukkan sinar ini datang dari dinding kaca
berpendaflour cahaya apabila sinar katoda terkena padanya. Untuk
mengesahkan penemuan ini, beliau telah menjalankan satu eksperimen
ringkas. Dalam eksperimen ini beliau meletakkan satu screen yang di
lapisi dengan barium platinosianida dalam lintasan sinar-X. screen ini
akan bersinar apabila terkena pada sinar-X. Dengan meletakkan tangan
beliau diantara tube sinar katoda dan screen, satu bayang tangan dengan
tulang-tulang di dalamnya jelas kelihatan dalam screen ini. Ini dapat
membuktikan bahwa sinar-X yang keluar dari tube sinar katoda mempunyai
daya penembusan yang tinggi.
Dalam
ilmu kedokteran, sinar x dapat digunakan untuk melihat kondisi tulang,
gigi serta organ tubuh yang lain tanpa melakukun pembedahan langsung
pada tubuh pasien.
Biasanya, masyarakat awam menyebutnya dengan sebutan ‘’FOTO RONTGEN’’. Selain
bermanfaat, sinar x mempunyai efek/dampak yang sangat berbahaya bagi
tubuh kita yaitu apabila di gunakan secara berlebihan maka akan dapat
menimbulkan penyakit yang berbahaya, misalnya kanker. Oleh sebab itu para dokter tidak menganjurkan terlalu sering memakai ‘’FOTO RONTGEN’’ secara berlebihan.
KERUGIAN SINAR X
Setelah Roentgen memperlihatkan hasil pemotretan dengan sinar-X terhadap tangan istrinya yang memakai cincin,
dimana pada gambar tersebut terlihat dengan jelas ruas-ruas tulang jari
tangannya, maka manusia mulai menyadari akan manfaat besar yang dapat
diperoleh dari pemenuan radiasi pengion tadi. Pemanfaatan radiasi
pengion dalam bidang kedokteran, terutama sinar-X, berkembang pesat
beberapa saat setelah penemuan radiasi tersebut. Penguasaan pengetahuan
mengenai radiasi pengion oleh umat manusia yang terus meningkat dari
waktu ke waktu juga memungkinkan dimanfaatkannya radiasi tersebut dalam
berbagai bidang kegiatan di luar kedokteran, di samping pemanfaatan-nya
di dalam bidang kedokteran sendiri juga terus mengalami peningkatan.
Beberapa efek merugikan yang muncul pada tubuh manusia karena terpapari sinar-X dan gamma segera
teramati beberapa saat setelah penemuan kedua jenis radiasi tersebut.
Efek merugikan tersebut berupa kerontokan rambut dan kerusakan kulit.
Pada tahun 1897 di Amerika Serikat dilaporkan adanya 69 kasus kerusakan
kulit yang disebabkan oleh sinar-X, sedang pada tahun 1902 angka yang
dilaporkan meningkat menjadi 170 kasus. Pada tahun 1911 di Jerman juga
dilaporkan adanya 94 kasus tumor yang disebabkan oleh sinar-X. Meskipun
beberapa efek merugikan dari sinar-X dan gamma telah teramati, namun
upaya perlindungan terhadap bahaya penyinaran sinar-X dan gamma belum
terfikirkan. Marie Curie, penemu bahan radioaktif Po dan Ra meninggal
pada tahun 1934 akibat terserang oleh leukemia. Penyakit tersebut besar
kemungkinan akibat paparan radiasi karena seringnya beliau berhubungan
dengan bahan-bahan radioaktif.
KEGUNAAN SINAR X
Pengobatan
- Sinar-X lembut digunakan untuk mengambil gambar foto yang dikenal sebagai radiograf. Sinar-X boleh menembusi badan manusia tetapi diserap oleh bahagian yang lebih tumpat seperti tulang. Gambar foto sinar-X digunakan untuk mengesan kecacatan tulang, mengesan tulang yang patah dan menyiasat keadaan organ-organ dalam badan.
- Sinar-X keras digunakan untuk memusnahkan sel-sel kanser. Kaedah ini dikenal sebagai radioterapi
PerindustrianDalam bidang perindustrian, sinar-X boleh digunakan untuk,
- Mengesan kecacatan dalam struktur binaan atau bagian-bagian dalam mesin dan enjin.
- menyiasat rekahan dalam paip logam, dinding konkrit dan dandang tekanan tinggi.memeriksa retakan dalam struktur plastik dan getah.
- Sinar-X digunakan untuk menyelidik struktur hablur dan jarak pemisahan antara atom-atom dalam suatu bahan hablur.
- menyiasat rekahan dalam paip logam, dinding konkrit dan dandang tekanan tinggi.memeriksa retakan dalam struktur plastik dan getah.
- Sinar-X digunakan untuk menyelidik struktur hablur dan jarak pemisahan antara atom-atom dalam suatu bahan hablur.
Kesan Sinar-X
Walaupun sinar-X sangat berguna kepada manusia, tetapi pendedahan secara berlebihan kepada sinar-X mungkin menyebabkan,
- pemusnahan sel-sel dalam badan.
- perubahan struktur genetik suatu sel.
- penyakit kanser parah.
- kesan-kesan buruk seperti rambut gugur, kulit menjadi merah dan berbisul.
Sifat-sifat sinar-X
Pancaran sinar-X dapat
diperolehi daripada sejenis alat elektronik yang dinamakan tiub x-ray.
Daripada kajian ahli sains didapati sinar-X mempunyai sifat-sifat
tertentu yang dapat dibahagikan kepada sifat biasa dan sifat khas.
a) Sifat umum
Sinar-X bergerak laju dan lurus.
Tidak boleh difokus oleh kanta atau cermin dan tidak boleh dipesong oleh medan magnet sekitar arah tuju yang dilaluinya.
Mematuhi
peraturan ‘Hukum Kuasa Dua Songsang’ iaitu keamatan sinar berubah
dengan kuasa dua songsang jarak daripada punca pancaran.
b) Sifat khas
Keupayaan menembusi jirim padat.
Kesan
pendarcahaya - memberikan kesan cahaya kepada sebatian kimia seperti
zink sulfida, kalsium tungstat dan barium platinosiamida.
Kesan fotografi - memberikan penghitaman kepada filem apabila didedah kepada sinar-X.
Kesan
pengionan - alur sinar-X yang lintas melalui gas memindahkan tenaganya
kepada molekul-molekul yang seterusnya akan berpecah kepada zarah yang
bercas positif dan negatif.Kesan biologi - sinar-X bertindak dengan
kesemua tisu hidup yang terdapat dalam badan.
Jenis-jenis gelombang lain
Contoh panjang gelombang berbagai-bagai sinaran elektromagnet adalah seperti berikut:-
·
Gelombang radio 1cm – 3
x 105 cm
· Sinar cahaya - 4 x 10-5 cm
– 7 x 10–5 cm
·
Sinar ultraungu - 10–5 cm
– 7 x 10–5 cm
·
Sinar-X - 10-7 cm
-10–9 cm
·
Sinar gama - 10-9 cm
·
Sinar kosmos - < 10–10 cm
sumber :
0 komentar:
Posting Komentar